29 May 2012

Novel 17 : Kau Laksana Bulan

KAU LAKSANA BULAN - AINA EMIR
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00


- SOLD -

Selepas SESUCI CINTA, SEHARUM KASIH, SETULUS JANJI, AURA CINTA dan SEMALAM KUBERMIMPI, AINA EMIR kembali lagi dengan sebuah novel romantis yang tentunya mempunyai kelainan daripada novel-novelnya sebelum ini.

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta. 

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang ambik, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. dalam begitu, lelaki ini mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit." 

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka-teki dalam perjalanan cerita!


Terbitan : KarnaDya Solutions

Novel 16 : Angin Dingin dari Utara

ANGIN DINGIN DARI UTARA - SITI HAZNEZA ABDUL HAMID
Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -

Seperti sepohon kemboja yang tegar, dia bersendirian mengharungi cabaran hidup di perantauan. Sebagaimana batang kemboja yang keras menahan setiap gores dan calar, begitu hatinya dikeraskan untuk menerima segala kemungkinan. Namun setegar kuntum kemboja, kelopaknya lembut mewangi. Begitulah dia yang jika dikenali dan didekati, membahagiakan dan penuh dengan cinta yang membara, pada keluarga, pada negara, pada agama dan pada suaminya. Jika kemboga bunga pusara, sampai berkuburkah dia di sana?


Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Novel 15 : Gelora Kasih

GELORA KASIH - LINA FARHANA
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00

- BOOKED -


Setelah kecewa dengan tindakan Hafiz memutuskan hubungan mereka, Misha bertindak menerima lamaran Rizhar. Mahligai impian yang dibina hancur musnah apabila Rizhar yang diharapkan sebagai pelindung dan penawar dukanya rupanya racun dalam hatinya. Rizhar menyimpan dendam silam terhadap Hafiz. Saban hari Misha hidup bersulamkan air mata. Kehadiran Rina langsung tidak mengubah perasaan Rizhar terhadap perkahwinan mereka. Tambahan pula campur tangan Hajah Rahmah yang sememangnya benci Misha menjadi menantunya. Tindakan Hajah Rahmah menghalaunya keluar dari rumah membuka lembaran baru dalam hidup Misha.

Walaupun hatinya sungkawa namun kehadiran Hafiz semula telah memberi harapan baru untuknya. Namun bagaimanakah Misha ingin meneruskan kehidupannya jika sering dibayangi kekejaman Rizhar terhadapnya. Hatinya bertambah rawan apabila Rina anaknya terkorban akibat perbuatan suaminya sendiri. Sanggupkah Misha membina kembali mahligai impiannya yang hampir runtuh bersama Rizhar atau hidup bersendiri mengubati hati yang luka atau adakah pilihan lain baginya.


Terbitan : NHF Media Corp Sdn Bhd

Novel 14 : Tiada Lagi Mimpi

TIADA LAGI MIMPI - SHARIFAH ABU SALEM
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -


Sambungan buku ketiga dari trilogi Tak Seindah Mimpi, Tak semanis Impian dan yang ketiga ini Tiada lagi Mimpi.

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad
 
Copyright by AntiqueShopp | My Wardrobe