15 June 2012

Novel Remaja : Semesra Kotaku

Semesra Kotaku - Zailani Taslim
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Izzat anak muda kota yang gigih berusaha mencari rezeki bersama-sama puluhan ribu penduduk kota. Kelazatan roti canainya menemukan Izzat dengan Ika Taufiq Lim. Detik pertemuan ini membuka jalan untuk Izzat mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya. Siapakah Ika Taufiq Lim? Seperti anak muda lain, Izzat juga tidak dapat lari daripada masalah cinta. Dia tersepit antara cinta dua gadis yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Siapakah antara gadis itu yang menjadi pilihannya? Berjayakah cita-cita Izzat?



Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Novel Remaja : Biduk Berlalu

Biduk Berlalu - Halis Azhan Mohd Hanafiah
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Mengisahkan pergolakan hidup para remaja di universiti. Farhan, anak seorang Dato' terpaksa menghadapi kemelut hidup dalam mencapai cita-citanya, karier, pelajaran dan impian hidup bersama gadis yang bernama Shafini. Sedang mereka asyik dilamun cinta datang pula Edlina, sepupu Farhan menagih cinta daripada Farhan. Berjayakah Edlina? Ketika itu persahabatan Farhan dan Saiful yang dipupuk sekian lama berkecai. mengapakah terjadi demikian? Keputusan peminangan yang dihantar oleh rombongan keluarga Farhan kepada Shafini amat memeranjatkan Farhan. Bagaimanakah kesudahannya apabila Farhan tahu bahawa Shafini itu adiknya sendiri? Dapatkah dia menerima kenyataan?


Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

14 June 2012

Novel Remaja : Hirisan Cinta

Hirisan Cinta - Lily Haslina Nasir
Harga Jual : RM 5.00 include postage


- SOLD -


Zaris Sofia menyangka percutiannya ke Medan akan dapat meleraikannya daripada masalah diganggu Fuad, rakan sepejabatnya yang telah beristeri. Malangnya, sangkaannya meleset apabila di sana dia bertembung pula dengan bekas kekasihnya, Amirul, yang juga telah beristeri. Lebih menyakitkan lagi bila Amirul berusaha memenangi semula hatinya. Mampukah Zaris menahan dirinya daripada jatih cinta lagi dengan Amirul yang ternyata semakin kacak dan lawa itu...?


Terbitan : Berita Publishing Sdn Bhd

Novel Remaja : Tiada Indah

Tiada Indah - Ras Adiba Radzi
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Sayang,
cinta itu suci,
cinta itu abadi
cinta itu kekadang
sukar untuk difahami...


Terbitan : Melati Publisher Sdn Bhd

Novel Remaja : Impian Semusim

Impian Semusim - Lily Haslina Nasir
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Minat Nurul Masmin yang mendalam dalam bidang penulisan telah mendorong ibunya menukarkannya ke sekolah baru dengan harapan dia akan lebih bersungguh membuat persediaan untuk peperiksaan SPMnya. Malangnya harapan hanya tinggal harapan. Nurul Masmin semakin bergiat cergas dalam bidang yang amat diminatinya itu apatah lagi apabila menerima dorongan daripada gurunya sendiri. dalam masa yang sama Nurul Masmin tersepit di antara minat, pelajaran dan perasaan cinta.

Terbitan : 'K' Publishing Sdn Bhd

13 June 2012

Novel 23 : Diam-Diam Rindu

DIAM-DIAM RINDU - SYAHIRAH IBRAHIM
Harga Asal : RM 22.90
Harga Jual : RM 16.00

- SOLD -


"Islam mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita. aku tahu kau kecil hati dengan sikap ibu baoa kau, tapi kita sebagai anak, tetap kena menghormati mereka". ~ Diana 

"Macam janji-janji pulak nak pakai baju sama warna. Macam kita pulak yang nak bertunang." ~ Nur Iman

"Ibu tak peduli! Kamu ingat ibu tak tahu. Kakak kamu nak sambung belajar kat luar negara, kan? Kamu fikir ibu bodoh. Ibu tahu semuanya. Konon jangan beritahu ibu dan ayah. Dia mesti ikut cakap ibu. Dia ingat dia boleh lari! Kalau dia nak ibu maafkan dia, dia kena dengar cakap ibu. Kamu faham tak" ~ Puan Nora

"Saya cuma nak bagi awak sedikit pengalaman, macam mana rasanya menunggu seseorang. Saya dah tunggu awak lima tahun, takkan awak tak boleh tunggu saya sekejap." ~ Mirza

Mirza sekadar mengetap gigi sambil menahan sabar. Kalau dengan Faris, manis sungguh wajahnya tapi bila dengan dia, wajah Nur Iman macam muka 'tut'. Tak apa! Hari ini, hari Nur Iman. Esok ke, tulat ke, minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke, hari dia pula. Pagi-pagi makan pengat, ingat aku peduli sangat! Boleh blah!

"Kalau Iman nak tahu, rantai ni Mir yang belikan untuk Farah. Rasa-rasanya, Mir pun ada belikan rantai yang sama untuk Iman kan?" ~ Farah


Terbitan : Buku Prima Sdn Bhd

10 June 2012

Novel 22 : Saat Cinta Bersemi

SAAT CINTA BERSEMI - DAMYA HANNA
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. 

Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?



Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel 21 : Qaseh Qaisy

QASEH QAISY  - RAMLAH RASHID
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13.00

- SOLD -


Lewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi canggih itu, membibitkan perasaan sayang Qalidah Qaseh terhadap sidia yang digelar B. Qalida Qaseh sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya. Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan alam siber dgn cara sendiri.

Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka. Biar bagaimanapun rupa dan bentuk mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternyata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka.

Namun, kenangan semalam kembali bertamu ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dgn Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya.

Saat itu Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalida Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka. Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah.

Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan. Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk. Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajainya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih. Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego. Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh.

Tetapi darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Adakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagiaan yang berlalu.


Terbitan : Buku Prima Sdn. Bhd.

Novel 20 : Hati Yang Terluka

HATI YANG TERLUKA - RAFIZAH NORDIN
Harga Asal: RM 31.90
Harga Jual : 26.00

- SOLD -


Puas dibelek, puas diselidik, apalah kesalahan diri yang menjadi punca retaknya cinta? Apakah kerana kasih tidak terbela... cinta perlahan-lahan berubah rasa... tawar, hambar lalu manisnya madu, mengapa berlalu menjadi hempedu. Dipujuk hati agar menjadi wanita setabah Rabiatul Adawiah. Dikuatkan semangat setenang Sumaiyyah. Benih yang tertanam ini bukti cinta kasih kita berdua.... ada rasa sayang yang berputik di dalamnya, bercambah.... membesar tanpa rasa sabar hati ibu melihatmu lahir ke dunia. Walau hadirmu tanpa perhatian ayah - kerana ayahmu leka bermain cinta... bermain asmara... tega membiarkan ibu lara, namun percayalah... ibu akan pastikan kita tidak akan terpisah. Dan kau anakku... kan tetap punya ayah...


Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Novel 19 : Sejujur Hatimu

SEJUJUR HATIMU - UMI AZRINI
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 11.00

- SOLD -




REEN & FAHRIN - Hubungan mereka sedingin salju. Walau bersaudara, namun tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.

MAYA & FAHRIN - Kematangan usia menbibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segalanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Semuanya berpunca dari rasa dendam, sakit hati dan keegoan. Fahrin nekad. Andai dia ditakdirkan kecundang dalam cinta, biar dia mencari kebahagiaannya sendiri! Malang sekali, Reen dijadikan mangsa. Fahrin menjadikan kegagalan cintanya sebagai landasan untuk menguji "kehebatannya" yang sebenar. Kerana dia, banyak hati yang terluka dan sengsara. Biarkan! Baginya, biar orang lain menderita kerananya, jangan dia meratap kerana mereka. Cukuplah sekali dia tewas.

Pepatah ada mengatakan,"Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat." Benarkah?



Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel 18 : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! - ZURA ASYFAR
Harga Asal : RM 30.00
Harga Jual : RM 22.00

- SOLD -



Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Terbitan : KaryaSeni Entreprise

29 May 2012

Novel 17 : Kau Laksana Bulan

KAU LAKSANA BULAN - AINA EMIR
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00


- SOLD -

Selepas SESUCI CINTA, SEHARUM KASIH, SETULUS JANJI, AURA CINTA dan SEMALAM KUBERMIMPI, AINA EMIR kembali lagi dengan sebuah novel romantis yang tentunya mempunyai kelainan daripada novel-novelnya sebelum ini.

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta. 

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang ambik, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. dalam begitu, lelaki ini mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit." 

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka-teki dalam perjalanan cerita!


Terbitan : KarnaDya Solutions

Novel 16 : Angin Dingin dari Utara

ANGIN DINGIN DARI UTARA - SITI HAZNEZA ABDUL HAMID
Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -

Seperti sepohon kemboja yang tegar, dia bersendirian mengharungi cabaran hidup di perantauan. Sebagaimana batang kemboja yang keras menahan setiap gores dan calar, begitu hatinya dikeraskan untuk menerima segala kemungkinan. Namun setegar kuntum kemboja, kelopaknya lembut mewangi. Begitulah dia yang jika dikenali dan didekati, membahagiakan dan penuh dengan cinta yang membara, pada keluarga, pada negara, pada agama dan pada suaminya. Jika kemboga bunga pusara, sampai berkuburkah dia di sana?


Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Novel 15 : Gelora Kasih

GELORA KASIH - LINA FARHANA
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00

- BOOKED -


Setelah kecewa dengan tindakan Hafiz memutuskan hubungan mereka, Misha bertindak menerima lamaran Rizhar. Mahligai impian yang dibina hancur musnah apabila Rizhar yang diharapkan sebagai pelindung dan penawar dukanya rupanya racun dalam hatinya. Rizhar menyimpan dendam silam terhadap Hafiz. Saban hari Misha hidup bersulamkan air mata. Kehadiran Rina langsung tidak mengubah perasaan Rizhar terhadap perkahwinan mereka. Tambahan pula campur tangan Hajah Rahmah yang sememangnya benci Misha menjadi menantunya. Tindakan Hajah Rahmah menghalaunya keluar dari rumah membuka lembaran baru dalam hidup Misha.

Walaupun hatinya sungkawa namun kehadiran Hafiz semula telah memberi harapan baru untuknya. Namun bagaimanakah Misha ingin meneruskan kehidupannya jika sering dibayangi kekejaman Rizhar terhadapnya. Hatinya bertambah rawan apabila Rina anaknya terkorban akibat perbuatan suaminya sendiri. Sanggupkah Misha membina kembali mahligai impiannya yang hampir runtuh bersama Rizhar atau hidup bersendiri mengubati hati yang luka atau adakah pilihan lain baginya.


Terbitan : NHF Media Corp Sdn Bhd

Novel 14 : Tiada Lagi Mimpi

TIADA LAGI MIMPI - SHARIFAH ABU SALEM
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -


Sambungan buku ketiga dari trilogi Tak Seindah Mimpi, Tak semanis Impian dan yang ketiga ini Tiada lagi Mimpi.

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 13 : Adam & Hawa

ADAM & HAWA - AISYA SOFEA
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -



AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 12 : Hanya Dia Tahu

HANYA DIA TAHU - ALEYA ANEESA
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13.00

- SOLD -



ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.

Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.

Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 11 : Jendela Hati

JENDELA HATI - AISYA SOFEA
Harga Asal : RM 14.00
Harga Jual : RM 7.00

- SOLD -

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

02 May 2012

Novel 10 : Pahitnya Madu

PAHITNYA MADU - NUR AIFA

Harga Asal : RM 16.90
Harga Jual : RM 8.00

- SOLD -


Dunia diibaratkan seperti pentas sandiwara di mana para pelakonnya adalah manusia sejagat. Manusialah mencorakkan kehidupan mereka samaada membawa kepada kebahagiaan atau pu  kedukaan. Itu semua terpulanglah kepada individu itu sendiri. Begitulah juga yang terjadi kepada pasangan Razlan dan Serina.

Kasih sayang yang dicurahkan antara Razlan dan Serina ibarat bulan dan bintang. Janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh umpama laut yang tenang. Akhirnya Serina bersetuju mengahwini Razlan walaupun dia tahu tang lelaki itu sudah pun beristeri. Dia berbuat demikian di atas sebab-sebab simpati kepada Razlan.

Pada mulanya, kehidupan rumah tangga Razlan dan Serina begitu menceriakan. Tiada apa yang bisa menjadi galang gantinya. tapi entah di mana silapnya, bahtera kasih mula dilanda badai. Dalam diam, razlan telah mengkhianati janji manis yang ditaburkan dan berkahwin lain.

Hancur lebur hati Serina bila mendapat tahu tentang hal itu. Dia tidak menyangka Razlan sanggup bermain kayu tiga walaupun setiap kehendak Razlan dipenuhi. Serina telah membawa diri. Pergaduhan tercetus antara isteri pertama Rokiah dan ketiga, Anita. Masing-masing mahu merebut Razlan.

Razlan kebingungan. Tembelangnya sudah pecah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan? Ketiga-tiga isterinya amat disayangi. Siapakah yang Razlan pilih antara ketiganya?


Terbitan : Buku Prima Sendirian Berhad

Novel 9 : Syurga Di Wajahmu

SYURGA DI WAJAHMU - LAILA HANNI

Harga Asal : RM 20.00
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -


Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikit pun penjelasan.

Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.

Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?


Terbitan : Kaki Novel Entreprise

01 May 2012

Novel 8 : Gelora Jiwa

GELORA JIWA - AISYA SOFEA

Harga Asal : RM 17.00
Harga Jual : RM 10.00
SOLD - 


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 7 : Semerah inai Di Jari

SEMERAH INAI DI JARI - MILA YUSOF

Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM 11.00

- SOLD -


Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. 

Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. 

Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. 

Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 6 : Rindu di Kalbu

RINDU DI KALBU - DURRAH FATIHA

Harga Asal : RM 17.00
Harga Jual : RM 10.00

- SOLD - 


Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta. 

Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya? 

Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? 

Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 5 : Mencari Cinta

MENCARI CINTA - LEEYA MYRA

Harga Asal : RM 15.00
Harga Jual : RM 9.00

- SOLD -



Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham menjadikan Annessa seorang perindu.Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharapkan, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata, tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari jepun dengan status suami orang .Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia.lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling kepada faris sebagai penyelamat.

Namun, setiap saat hatinya meronta.'jasadku disini bersama faris tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar.sekeping kad ucapan 'hidup baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan.jika mereka berterus terang tentang perasaan pasti semua ini tidak akan terjadi!

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. "Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?" Air mata Faris menitis.

Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 4 : Kemana Hatimu

KE MANA HATIMU - EYMAN HYKAL

Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 11.00

- SOLD -


Setelah bertemu dengan Ayu Fatiha, kasih Izuddin terhadap tunangnya, Nurul mula goyah. Ayu tidak ingin menerima Izuddin bila mengetahui yang pemuda itu telah berpunya. Kerana ini Izuddin mengambil keputusan nekad untuk memutuskan tali pertunangan dengan harapan Ayu akan menerimanya. Namun, gadis itu menolaknya mentah-mentah.


Bila disentap dengan realiti, Izuddin tersedar akan dosanya terhadap Nurul. Dia ingin kembali ke pangkuan gadis itu. Namun, Nurul sudah pun membawa diri. Izuddin bagai hilang arah. Pencariannya berhasil bila Izuddin akhirnya dapat bertemu dengan kekasih hati. Lantas, dia meluahkan hasratnya untuk kembali. Malangnya, Izuddin ditempelak oleh Nurul.

Izuddin terkedu. Betapa pun, Nurul hanya menghulurkan segaris harapan.


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 3 : Seindah Memori

SEINDAH MEMORI - ILANI MYSARA

Harga Asal : RM 16.00
Harga Jual : RM 10.00

- SOLD -


Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia.

Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati.

Ungkapan Aku cinta padamu mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi.

Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat! Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 2 : Hadirnya Cinta

HADIRNYA CINTA - PITTERIAH ABDULLAH

Harga Asal : RM 15.00
Harga Jual : RM 9.00

- SOLD -

Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy. 

Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dgn Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.

Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikitpun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia pada tunangnya dan tidak mungkin akan berpaling tadah. 

Sebaik sahaja dibebaskan, Yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu adiknya, Hasliza sudah berkahwin dgn Amran. Hancur hatinya. Dia tidak sangka adiknya sanggup merampas bekas kekasihnya. 

Sejak kepulangan Yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku hinggakan Yasmin Nadilla membawa diri ke Terengganu.

Di Terenganu, Yasmin Nadilla telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Novel 1 : Hati Yang Terusik

HATI YANG TERUSIK - NIA AZALEA 
Harga Asal : RM 19.90 
Harga Jual :RM 12.00
- SOLD -

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati yang jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi
satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.

Farhan... lelaki yang tidak punya segalanya. Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.

Hakikatnya... mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal
fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.

Untuk kesekian kali, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavender di musim luruh. dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat
keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah, bukan juga bererti mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap... akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan!


Terbitan : Alaf 21 Sendirian Berhad

Alhamdulillah

Alhamdulillah siap jugak blog.

Akhirnya saya berjaya upload semua novel-novel koleksi peribadi yang ingin saya jual.

Pada sesiapa yang berminat bolehlah roger-roger saya yea.

TQ.
 
Copyright by AntiqueShopp | My Wardrobe