15 June 2012

Novel Remaja : Semesra Kotaku

Semesra Kotaku - Zailani Taslim
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Izzat anak muda kota yang gigih berusaha mencari rezeki bersama-sama puluhan ribu penduduk kota. Kelazatan roti canainya menemukan Izzat dengan Ika Taufiq Lim. Detik pertemuan ini membuka jalan untuk Izzat mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya. Siapakah Ika Taufiq Lim? Seperti anak muda lain, Izzat juga tidak dapat lari daripada masalah cinta. Dia tersepit antara cinta dua gadis yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Siapakah antara gadis itu yang menjadi pilihannya? Berjayakah cita-cita Izzat?



Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Novel Remaja : Biduk Berlalu

Biduk Berlalu - Halis Azhan Mohd Hanafiah
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Mengisahkan pergolakan hidup para remaja di universiti. Farhan, anak seorang Dato' terpaksa menghadapi kemelut hidup dalam mencapai cita-citanya, karier, pelajaran dan impian hidup bersama gadis yang bernama Shafini. Sedang mereka asyik dilamun cinta datang pula Edlina, sepupu Farhan menagih cinta daripada Farhan. Berjayakah Edlina? Ketika itu persahabatan Farhan dan Saiful yang dipupuk sekian lama berkecai. mengapakah terjadi demikian? Keputusan peminangan yang dihantar oleh rombongan keluarga Farhan kepada Shafini amat memeranjatkan Farhan. Bagaimanakah kesudahannya apabila Farhan tahu bahawa Shafini itu adiknya sendiri? Dapatkah dia menerima kenyataan?


Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

14 June 2012

Novel Remaja : Hirisan Cinta

Hirisan Cinta - Lily Haslina Nasir
Harga Jual : RM 5.00 include postage


- SOLD -


Zaris Sofia menyangka percutiannya ke Medan akan dapat meleraikannya daripada masalah diganggu Fuad, rakan sepejabatnya yang telah beristeri. Malangnya, sangkaannya meleset apabila di sana dia bertembung pula dengan bekas kekasihnya, Amirul, yang juga telah beristeri. Lebih menyakitkan lagi bila Amirul berusaha memenangi semula hatinya. Mampukah Zaris menahan dirinya daripada jatih cinta lagi dengan Amirul yang ternyata semakin kacak dan lawa itu...?


Terbitan : Berita Publishing Sdn Bhd

Novel Remaja : Tiada Indah

Tiada Indah - Ras Adiba Radzi
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Sayang,
cinta itu suci,
cinta itu abadi
cinta itu kekadang
sukar untuk difahami...


Terbitan : Melati Publisher Sdn Bhd

Novel Remaja : Impian Semusim

Impian Semusim - Lily Haslina Nasir
Harga Jual : RM 5.00 include postage

- SOLD -


Minat Nurul Masmin yang mendalam dalam bidang penulisan telah mendorong ibunya menukarkannya ke sekolah baru dengan harapan dia akan lebih bersungguh membuat persediaan untuk peperiksaan SPMnya. Malangnya harapan hanya tinggal harapan. Nurul Masmin semakin bergiat cergas dalam bidang yang amat diminatinya itu apatah lagi apabila menerima dorongan daripada gurunya sendiri. dalam masa yang sama Nurul Masmin tersepit di antara minat, pelajaran dan perasaan cinta.

Terbitan : 'K' Publishing Sdn Bhd

13 June 2012

Novel 23 : Diam-Diam Rindu

DIAM-DIAM RINDU - SYAHIRAH IBRAHIM
Harga Asal : RM 22.90
Harga Jual : RM 16.00

- SOLD -


"Islam mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita. aku tahu kau kecil hati dengan sikap ibu baoa kau, tapi kita sebagai anak, tetap kena menghormati mereka". ~ Diana 

"Macam janji-janji pulak nak pakai baju sama warna. Macam kita pulak yang nak bertunang." ~ Nur Iman

"Ibu tak peduli! Kamu ingat ibu tak tahu. Kakak kamu nak sambung belajar kat luar negara, kan? Kamu fikir ibu bodoh. Ibu tahu semuanya. Konon jangan beritahu ibu dan ayah. Dia mesti ikut cakap ibu. Dia ingat dia boleh lari! Kalau dia nak ibu maafkan dia, dia kena dengar cakap ibu. Kamu faham tak" ~ Puan Nora

"Saya cuma nak bagi awak sedikit pengalaman, macam mana rasanya menunggu seseorang. Saya dah tunggu awak lima tahun, takkan awak tak boleh tunggu saya sekejap." ~ Mirza

Mirza sekadar mengetap gigi sambil menahan sabar. Kalau dengan Faris, manis sungguh wajahnya tapi bila dengan dia, wajah Nur Iman macam muka 'tut'. Tak apa! Hari ini, hari Nur Iman. Esok ke, tulat ke, minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke, hari dia pula. Pagi-pagi makan pengat, ingat aku peduli sangat! Boleh blah!

"Kalau Iman nak tahu, rantai ni Mir yang belikan untuk Farah. Rasa-rasanya, Mir pun ada belikan rantai yang sama untuk Iman kan?" ~ Farah


Terbitan : Buku Prima Sdn Bhd

10 June 2012

Novel 22 : Saat Cinta Bersemi

SAAT CINTA BERSEMI - DAMYA HANNA
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 12.00

- SOLD -


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. 

Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?



Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel 21 : Qaseh Qaisy

QASEH QAISY  - RAMLAH RASHID
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13.00

- SOLD -


Lewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi canggih itu, membibitkan perasaan sayang Qalidah Qaseh terhadap sidia yang digelar B. Qalida Qaseh sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya. Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan alam siber dgn cara sendiri.

Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka. Biar bagaimanapun rupa dan bentuk mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternyata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka.

Namun, kenangan semalam kembali bertamu ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dgn Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya.

Saat itu Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalida Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka. Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah.

Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan. Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk. Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajainya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih. Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego. Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh.

Tetapi darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Adakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagiaan yang berlalu.


Terbitan : Buku Prima Sdn. Bhd.

Novel 20 : Hati Yang Terluka

HATI YANG TERLUKA - RAFIZAH NORDIN
Harga Asal: RM 31.90
Harga Jual : 26.00

- SOLD -


Puas dibelek, puas diselidik, apalah kesalahan diri yang menjadi punca retaknya cinta? Apakah kerana kasih tidak terbela... cinta perlahan-lahan berubah rasa... tawar, hambar lalu manisnya madu, mengapa berlalu menjadi hempedu. Dipujuk hati agar menjadi wanita setabah Rabiatul Adawiah. Dikuatkan semangat setenang Sumaiyyah. Benih yang tertanam ini bukti cinta kasih kita berdua.... ada rasa sayang yang berputik di dalamnya, bercambah.... membesar tanpa rasa sabar hati ibu melihatmu lahir ke dunia. Walau hadirmu tanpa perhatian ayah - kerana ayahmu leka bermain cinta... bermain asmara... tega membiarkan ibu lara, namun percayalah... ibu akan pastikan kita tidak akan terpisah. Dan kau anakku... kan tetap punya ayah...


Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Novel 19 : Sejujur Hatimu

SEJUJUR HATIMU - UMI AZRINI
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 11.00

- SOLD -




REEN & FAHRIN - Hubungan mereka sedingin salju. Walau bersaudara, namun tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.

MAYA & FAHRIN - Kematangan usia menbibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segalanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Semuanya berpunca dari rasa dendam, sakit hati dan keegoan. Fahrin nekad. Andai dia ditakdirkan kecundang dalam cinta, biar dia mencari kebahagiaannya sendiri! Malang sekali, Reen dijadikan mangsa. Fahrin menjadikan kegagalan cintanya sebagai landasan untuk menguji "kehebatannya" yang sebenar. Kerana dia, banyak hati yang terluka dan sengsara. Biarkan! Baginya, biar orang lain menderita kerananya, jangan dia meratap kerana mereka. Cukuplah sekali dia tewas.

Pepatah ada mengatakan,"Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat." Benarkah?



Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel 18 : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! - ZURA ASYFAR
Harga Asal : RM 30.00
Harga Jual : RM 22.00

- SOLD -



Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Terbitan : KaryaSeni Entreprise
 
Copyright by AntiqueShopp | My Wardrobe