10 June 2012

Novel 21 : Qaseh Qaisy

QASEH QAISY  - RAMLAH RASHID
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13.00

- SOLD -


Lewat perkenalan di ruang skrin alat telekomunikasi canggih itu, membibitkan perasaan sayang Qalidah Qaseh terhadap sidia yang digelar B. Qalida Qaseh sendiri sebagai D, nama pengganti dirinya. Hanya SMS sebagai pengantara hubungan mereka. Bagaikan wujud keserasian hinggakan mereka memeterai pertunangan alam siber dgn cara sendiri.

Seperti yang dijanjikan, setelah beberapa bulan barulah mereka bersedia untuk saling bersuara dan bersua muka. Biar bagaimanapun rupa dan bentuk mereka tetap menerima kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ternyata perjumpaan itu mengeratkan lagi kasih antara mereka.

Namun, kenangan semalam kembali bertamu ketika Qhalida Qaseh bersama temannya Nabil bertemu dgn Tengku Qaisy Iskandar, tidak disangkanya Tengku Qaisy Iskandar sebenarnya adalah B, kekasih dan tunangnya di alam maya.

Saat itu Qhalida Qaseh terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Tengku Qaisy Iskandar sering membuli dan menyuruh Qhalida Qaseh melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Disebabkan status yang berbeza Qhalida Qaseh menurut segala kemahuan Tengku Qaisy Iskandar biarpun hatinya terluka. Tengku Qaisy Iskandar merupakan anak majikan ibunya, Puan Maimon yang bekerja sebagai pembantu rumah keluarga kaya Tengku Nazim Shah dan Puan Satirah.

Qhalida Qaseh merasakan seperti dipermainkan. Lalu rasa cinta pada lelaki itu cuba disingkir dan perasaan benci dipupuk. Rasa kasih dan cinta bercampur dendam serta benci yang dibajainya membuat Qhalida Qaseh berasa sedih. Hatinya juga tidak senang tetapi sengaja berbuat tegar dan ego. Tengku Qaisy Iskandar berusaha meleraikan segala kekeliruan dan salah faham demi cintanya terhadap Qhalida Qaseh.

Tetapi darjat keturunan menghalang penyatuan cinta Qhalida Qaseh dan Tengku Qaisy Iskandar. Adakah takdir yang menjurangi kisah mereka? Darjat keturunan? Nama atau kedudukan?

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagiaan yang berlalu.


Terbitan : Buku Prima Sdn. Bhd.

Novel 20 : Hati Yang Terluka

HATI YANG TERLUKA - RAFIZAH NORDIN
Harga Asal: RM 31.90
Harga Jual : 26.00

- SOLD -


Puas dibelek, puas diselidik, apalah kesalahan diri yang menjadi punca retaknya cinta? Apakah kerana kasih tidak terbela... cinta perlahan-lahan berubah rasa... tawar, hambar lalu manisnya madu, mengapa berlalu menjadi hempedu. Dipujuk hati agar menjadi wanita setabah Rabiatul Adawiah. Dikuatkan semangat setenang Sumaiyyah. Benih yang tertanam ini bukti cinta kasih kita berdua.... ada rasa sayang yang berputik di dalamnya, bercambah.... membesar tanpa rasa sabar hati ibu melihatmu lahir ke dunia. Walau hadirmu tanpa perhatian ayah - kerana ayahmu leka bermain cinta... bermain asmara... tega membiarkan ibu lara, namun percayalah... ibu akan pastikan kita tidak akan terpisah. Dan kau anakku... kan tetap punya ayah...


Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Novel 19 : Sejujur Hatimu

SEJUJUR HATIMU - UMI AZRINI
Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 11.00

- SOLD -




REEN & FAHRIN - Hubungan mereka sedingin salju. Walau bersaudara, namun tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.

MAYA & FAHRIN - Kematangan usia menbibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segalanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.

Semuanya berpunca dari rasa dendam, sakit hati dan keegoan. Fahrin nekad. Andai dia ditakdirkan kecundang dalam cinta, biar dia mencari kebahagiaannya sendiri! Malang sekali, Reen dijadikan mangsa. Fahrin menjadikan kegagalan cintanya sebagai landasan untuk menguji "kehebatannya" yang sebenar. Kerana dia, banyak hati yang terluka dan sengsara. Biarkan! Baginya, biar orang lain menderita kerananya, jangan dia meratap kerana mereka. Cukuplah sekali dia tewas.

Pepatah ada mengatakan,"Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat." Benarkah?



Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel 18 : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! - ZURA ASYFAR
Harga Asal : RM 30.00
Harga Jual : RM 22.00

- SOLD -



Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Terbitan : KaryaSeni Entreprise
 
Copyright by AntiqueShopp | My Wardrobe